Thursday, December 22, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada setiap insan yang sedang berada di dalam blog ini, terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terdetik di dalam hati ingin menjadi Jutawan atau mengubah kehidupan kerana "Jutawan" adalah satu perkataan yang jarang kita dengar, dan hanya segelintir orang yang mempunyai impian besar iaitu ingin menjadi "Jutawan!". Anda yang hadir disini adalah di kalangan orang-orang yang positif, yang berfikiran jauh, dan yang telah sedar, kerana menjadi Jutawan bukanlah sesuatu yang mustahil.

Tetapi bagaimana untuk menjadi Jutawan?!
Apabila diberi jawapan oleh jutawan-jutawan di malaysia sendiri, mereka memberi jawapan yang berbeza, kerana ada pelbagai cara, tapi semestinya mereka mengalakkan kita mengikuti bidang yang mereka ceburi.

Bidang apa yang sesuai untuk menjadi Jutawan?
Doctor? Pensyarah? Pilot? Engineer? Kontraktor? Peguam?, YA! tapi cuba kita renungkan, pekerjaan professional seperti yang saya sebutkan itu memerlukan pendidikan dan pengalaman yang cukup tinggi betul? Dan mereka sendiri mengaku bahawa title jutawan boleh mereka kecapi tetapi tempoh yang diperlukan adalah lebih kurang 20 tahun, inginkah kita menunggu lama seperti itu? tanyalah diri anda sendiri, kerana hanya bidang yang luarbiasa mampu merealisasikan impian kita untuk menjadi jutawan.

Apakah bidang yang luarbiasa itu?
Banyak, tetapi yang saya nampak ialah bidang yang berisiko, bermodal, satu bentuk perniagaan, keuntungan mengikut usaha, pekerjaan yang mana kita sendiri menetapkan gaji kita, iaitu kitalah majikan kepada diri sendiri, dan bukannya bekerja dibawah orang.

Bagaimana untuk menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat?
Pelbagai cara yang halal, akan saya kongsikan bagaimana untuk kita menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat, iaitu dalam tempoh 2 tahun kebawah, dan bukannya 20 tahun!